Tarikh Bayaran PERKESO 2024


Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut berkaitan tarikh bayaran PERKESO 2024 untuk makluman semua di luar sana.

Apa Itu Bayaran Faedah PERKESO ?

Seperti yang kita sedia maklum, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.

Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial ( PERKESO ) adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi

sumber terkumpul, perkongsian risiko, dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 ( pooling of resources, sharing of risk and replacement of income ).

Untuk makluman, bayaran PERKESO 2021 adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu



Skim Bencana Pekerjaan

Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami bencana kerja seperti

kemalangan semasa menjalankan pekerjaan.kemalangan semasa dalam pekerjaan (commuting accident).kemalangan semasa kecemasan.penyakit khidmat.

Skim Keilatan

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang menghidap keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.


Inisiatif Baharu PERKESO 2024

Menurut Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, RM200 juta disalurkan ke PERKESO untuk laksanakan 6 inisiatif serta tambahan 3 inisiatif baharu.

Sembilan (9) inisiatif untuk dilaksanakan oleh PERKESO di bawah Belanjawan 2024 adalah seperti berikut:

1. Siling Gaji Baharu untuk Akta 4 dan Akta 800 ( Inisiatif Baharu ).

2. Memudahkan Integrasi Kumpulan Sasaran ke dalam Sektor Awam ( Inisiatif Baharu ).

3. Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta bagi Bekas Banduan, Orang Kelainan Upaya ( OKU ), Warga Emas dan Pesara ( Inisiatif Baharu ).

4. Geran Padanan Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri ( SKSPS ) ( Inisiatif Lanjutan ).

5. Program Latihan Bina Kerjaya PERKESO ( Inisiatif Lanjutan ).

6. Pembiayaan Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ( SKSSR ) ( Inisiatif Lanjutan ).

7. Pusat Penempatan dan Penerokaan Kerjaya Kebangsaan (Inisiatif Tambahan).

8. Geran Eksplorasi Kerjaya ( Inisiatif Tambahan ).

9. Program Saringan Kesihatan PERKESO (Inisiatif Tambahan).

Inisiatif Baharu – Siling Gaji Baharu untuk Akta 4 dan Akta 800

Peningkatan siling gaji bulanan yang diinsuranskan daripada RM5,000 kepada RM6,000.

Tingkatkan faedah tunai sebanyak 20.2% bagi 1.45 juta pekerja dan orang tanggungan.

Inisiatif Baharu – Memudahkan Integrasi Kumpulan Sasaran ke Sektor Awam

Semua lantikan MYSTEP ditawarkan mengikuti program peningkatan kemahiran menerusi platform MYFutureJobs.

MYFutureJobs akan membuat padanan pekerjaan untuk membina kerjaya masa depan dan meraih pendapatan lebih tinggi.

Inisiatif ini akan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC bermula Januari 2024.

Inisiatif Baharu – Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta bagi Bekas Banduan, Orang Kelainan Upaya (OKU), Warga Emas dan Pesara

Peruntukan berjumlah RM30 juta dengan insentif sebanyak RM1,500 sebulan untuk tempoh 6 bulan kepada majikan.

Tangani diskriminasi terhadap 3 golongan iaitu pekerja OKU, isu reintegrasi bekas banduan serta kemiskinan dalam kalangan warga emas.

Pengintegrasian semula 3,300 pencari kerja daripada kumpulan sasaran ini ke dalam pasaran buruh.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Tarikh Bayaran PERKESO 2024 ini, boleh merujuk Tarikh Bayaran Faedah atau portal rasmi PERKESO dari semasa ke semasa.

Catat Ulasan

0 Ulasan

WhatsApp Chat