Gais.
16 tahun yang lalu, ketika Public Gold baru ditubuhkan, Dato’ Wira Louis Ng telah menjual impian beliau kepada saya.
Jual emas fizikal kat internet 😄. Tahun 2008, bisnes model jual emas guna website tanpa ada kedai fizikal adalah satu idea yang sangat baru.
Customer order kat website, Public Gold buat emas kat kilang, kemudian staff Public Gold akan hantar emas kat pembeli. Jadi ia menyabakan harga emas Public Gold jauh lebih murah berbanding kedai emas.
Waktu tu, pembeli emas Public Gold ambil emas kat tepi jalan, kat lobi hotel dan kat plaza tol dan mana-mana restoran.
Waktu ini, saya boleh cakap “Public Gold start from a humble beginning, jual emas tepi jalan 🤔.
Saya percaya sungguh-sungguh terhadap idea Dato Wira Louis Ng. Bagi saya, ia akan mencipta revolusi baru bisnes emas.
Saya adalah orang pertama yang mempercayai impian Dato’ Wira Louis Ng. Sebab itu saya ambil keputusan menjadi dealer Public Gold yang pertama (tahun 2008) dan speaker pertama Public Gold.
Saya berhenti kerja Universiti Multimedia hanya selepas 2 tahun buat bisnes Public Gold sebab saya suka konsep educational selling yang ditawarkan oleh Public Gold.
Fast forward 16 tahun.
Public Gold ada menara 11 tingkat di KL, 18 cawangan dan 5 cawangan di Indonesia dan 26 gold ATM di seluruh Malaysia.
Saya pula mempunyai bisnes empayar 1.2 juta orang 😄 Itu semua berkat fokus dari hari pertama sampai sekarang.
Antara cabaran yang ditempuhi adalah pesaing cuba tiru bisnes model Public Gold dan bagi komisyen lebih tinggi bagi menarik minat dealer Public Gold join mereka. Kebanyakannya tak bertahan lama.
Cabaran bagi pelanggan Public Gold pula adalah bila muncul syarikat emas yang menawarkan pulangan tinggi berganda-ganda. Jual emas bunian 10 kali ganda dan bagi tawaran untung besar.
Tapi rupanya bisnes model itu tak bertahan lama dan terbukti mengarut.
Sekarang Public Gold mensasarkan 10 juta customer menjelang 2030 dan berkembang di Indonesia.
Saya doakan semoga dealer-dealer Public Gold di seluruh dunia akan fokus dan istiqamah. Saya sudah bertahan 16 tahun dan dah lihat banyak syarikat emas datang dan pergi.
Bisnes model Public Gold yang menjual emas fizikal menyebabkan ia akan bertahan lama.
Takde janji bulan bintang di sini. Straight forward sahaja bisnesnya.
Beli emas dapat emas fizikal. Boleh simpan sendiri. Takde emas gandaan kat sini. Takde janji untung 10 ganda.
Future plan Public Gold adalah gold ATM machine di seluruh pelusuk negara.
Semua customer Public Gold boleh beli emas dan keluarkan emas dari akaun GAP mereka di mana-mana mesin gold ATM di seluruh Malaysia.
Buat masa nie, Public Gold tengah testing 3 mesin utk pengeluaran emas dari mesin gold ATM. Kalau feedback bagus, then akan diluaskan di seluruh negara.
Yes!!
#NotaEmasSyukorHashim


0 Ulasan