Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam Al Ghazali) 🕊️
“Syeikh, bukankah zikir berupaya membuat seseorang yang beriman bertambah lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari menjauh darinya?"
“Benar,” Jawab Imam al-Ghazali.
“Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir justeru malah semakin dekat dengan syaitan atau kesyaitanan?”, lanjut Sang Murid.
Gurunya yang diberi gelaran Hujjatul Islam ini pun menjawab:
“Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing namun dia masih menyimpan tulang dan berbagai makanan kesukaan anjing di sekitarnya?”
“Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir", jawab Sang Murid.
Imam al-Ghazali menjelaskan, "Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan pelbagai penyakit hati dalam dirinya. Syaitan akan terus datang dan mendekati bahkan bersahabat dengannya.
Penyakit-penyakit hati itu ialah:
1. Kesombongan
2. Irihati
3. Syirik
4. Bersikap/berkata kasar
5. Riya' (Takabbur)
6. Merasa diri lebih soleh dari orang lain
7. Merasa diri lebih suci dari orang lain
8. Ghibah
9. Amarah dan pelbagai penyakit hati lainnya.
Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan terlaknat akan sentiasa datang, mengakrabkan diri. Kemudian menjadi sahabat karibnya.
Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit-penyakit tersebut. Barokallah. Aamiin.
Allahumma sholli'ala sayyidina Muhammad nabiyil umiyi wa'ala aalihi washohbihi wasalim.
#MuafakatRakyat


0 Ulasan