1980-an : Kawasaki KR-1, KR-1S, KR-1R & NSR, RGV, TZR

Kawasaki memperkenalkan model KR-1 pada tahun 1988 dan seterusnya menambah baik model itu menjadi KR-1S dan seterusnya KR-1R.


Walaupun ia antara jentera paling berkuasa dan pantas dikalangan jentera 250cc lain, ia yang paling pendek riwayat hidupnya kerana seawal 1992, ia sudah ditamatkan pengeluaran sedangkan NSR, RGV dan TZR tengah rancak dan bermaharajalela ketika itu.


Hadir dengan enjin 2 silinder sebaris mampu menghasilkan 59hp jika tanpa sekatan/restriction. Semua generasi KR kekal menggunakan konfigurasi 2 silinder sebaris dan satu-satunya pengeluar dari kalangan 4 pengeluar Jepun yang tidak menghasilkan V-Twin 250cc 2 lejang.


Walaupun ia antara model yang paling kurang mendapat sambutan dikalangan 4 pengeluar Jepun, ketika eranya, ia diberikan title World Fastest Production 250cc dan telah diuji di Bonneville Speedway.


Model paling istimewa adalah KR-1R kerana ia lebih kurang seperti model SP yang dihasilkan oleh pengeluar lain dan hanya 180unit dihasilkan untuk pasaran Jepun sahaja.


Ia masterpice bagi setiap peminat KIPS, adalah pelik jika anda tak kenal Raja KIPS ini.

.
.
.

Kredit : RodaBerputar

Catat Ulasan

0 Ulasan

WhatsApp Chat