Beli TANAH Tapi Dapat AIR

NIAT NAK BELI TANAH MURAH TETAPI TERBELI SUNGAI.

Ramai yang berfikir bahawa tanah yang sudah bergeran bermaksud selamat untuk dibeli. Padahal mereka silap! Ada juga tanah yang bergeran tetapi sebenarnya tanah itu sudah tidak lagi wujud kerana telah menjadi sungai.

Jika anda menerima tawaran tanah yang harganya terlalu murah dan tidak masuk akal, sila berhati-hati. Pastikan anda membawa jurukur yang bertauliah untuk mengukur kedudukan sebenar tanah tersebut sebelum membuat sebarang urusan jual beli.


Kadang-kadang ejen jualan atau tuan tanah sendiri pun tidak pasti kedudukan sebenar tanah tersebut. Apatah lagi kalau niat sebenar penjual adalah untuk MENIPU anda.

Kebiasaannya kita sering mendengar masalah orang ramai terbeli LOT LIDI, masalah terbeli sungai juga turut berlaku. Kalau dapat dekat Abey Lan Al Amin memang jackpot lah ni. Dia pulak pergi buat pecahan lot atas kertas kemudian dibuka pula jualan kepada orang ramai. Barangkali ramai pula yang terbeli LOT SUNGAI dekat situ. 😀😀

Saya juga pernah ada pengalaman bersama kawan saya sekitar 10 tahun yang lepas, ada seorang penjual datang menjual tanah murah berkeluasan 4 Ekar dengan harga RM20K sahaja. Tanpa berfikir panjang kami terus menerima tawaran itu kerana penjual urgent nak guna wang. 

Tidak lama kemudian, kami mahu upah jurukur untuk menandakan batu sempadan. Rupa-rupanya kami bernasib malang kerana jurukur tidak sanggup ambil job itu disebabkan kedudukan tanah terlalu jauh ke dalam. Katanya kawasan hutan rimba. 😅😅

Mohon berhati-hati sebelum terkena.

Jangan pula disebabkan terlalu nak jimat kos untuk mencari batu sempadan yang harganya baru ratusan ringgit, anda pula yang kerugian ribuan ringgit.

Kredit : Che Wan A laKazam



Catat Ulasan

0 Ulasan

WhatsApp Chat