CARA BUAT SAMBAL TUMIS NASI LEMAK YANG PADU!



1. KISAR

Mula-mula, kisarkan
Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia seinci
Belacan separuh tapak tangan
( digoreng garing dahulu )
Ikan bilis segenggam
( goreng dahulu ) 

2. TUMIS

Lepas kisar, tumiskan dengan minyak menggoreng ikan bilis tadi. Masa ini kalau ada yang suka bawang dalam sambal, boleh masukkan bawang yang dihiris dalam sambal. Ikan bilis pun boleh masuk sama.

Selepas bahan kisar dan nampak garing, masukkan pula cili kering ( yang dah siap direbus dan kisar ) dalam 6-7 senduk. Kacaukan sampai naik minyak. Guna api perlahan.

3. PERASAKAN

Bila dah naik minyak, perasakan dengan garam ( suku sudu besar ), gula ( 6-7 sudu besar ), pes asam jawa ( suku sudu besar ), gula perang / gula melaka ( 2 sudu besar ). Gula perang ni fungsinya nak bagi sambal tu berwarna cantik @ merah pekat.

4. TUNGGU MENDIDIH

Kalau nak terus makan, boleh tutup api bila sambal dah mendidih. Kalau nak buat niaga, masak perlahan selama 2 jam supaya sambal tahan lama



Selamat Mencuba 😍

Catat Ulasan

0 Ulasan

WhatsApp Chat