Dari membawang tak tentu pasal, baik korang cuba resepi Donut Ball Chezzy Leleh ni. Kenyang jugak perut anak² 😝.
Bahan² Diperlukan :
1 kg tepung gandum
1 sudu tea baking powder
1 peket mauripan
500 ml air suam
2 sudu tea susu pekat
1 senduk majerin
1 sudu tea garam
24 keping cheese dibelah dua
Bahan A :
air, mauripan, garam dan susu disatukan dalam jug dan biarkan sehingga berbuih.
Cara Penyediaan :
a - Ayak tepung bersama baking powder masukkan bahan A di atas, uli dalam 10 minit masukan margerin uli lagi 10 minit.
b - Biarkan adunan 1/2 jam ditempat panas sehingga kembang naik.
c - Selepas setengah jam tumbuk adunan untuk keluarkan angin, kepal²kan doh, agak² size setengah genggam, kemudian masukkan cheese.
Siapkan semua doh sampai habis dan bolehlah mula digoreng sehingga keperangan.
d - Selepas itu tabur gula icing.
e - Siap Dihidangkan 😝
.
.
.
Kredit : Tuan Punya Resepi
.
.
.
Terima Kasih


0 Ulasan