Himpunan Pantun Melayu Akhir Zaman

nangis salah tak nangis salah
kalau nangis datang malu
apa dicerita semua kisah
tenang dulu biar berlalu

hidup susah mati pun susah
lari² ke luar negeri
apa resah apa gundah
di bawah kita jauh ngeri

sidai jemuran pagi²
sampai petang baru angkat
semoga semua murah rezeki
halal toiyibah lagi berkat

pergi kerja cari rezeki
cari rezeki dengan doa
jangan lupa temui Ilahi
pemilik rezeki cuma Dia

hari² hadap kerja
buat kerja ikut arahan
kalau asyik dengar cakap dia
hujung²nya sendiri tak tahan



tikam batu dengan pisau
sebab marah rasa dihati
kalau saya yang awak risau
doakan saya hari²

tangan dah buat
hati dah cuba
tetap tak kuat
ulang²kan sahaja

bulat bukan sebarang bulat
bulat datang dari Utara
keras hati tetap nak buat
teruskan usaha sampai berjaya

kalau badan rasa sakit
ingat tanggungan masih dirumah
walau cuma dapat sikit
itu tanda Allah Pemurah !

subhanallah
alhamdulillah
allahuakbar !

jangan dibanding jiran sebelah
tapi lihatlah apa digenggam
kalau asyik cari salah
hidup tak aman, hati tak tenteram

jangan percaya pada mata
sebab mata selalu tertipu
satu kotak pun ada ya
tiga kotak free delivery you




pimpin tangan anak bini
say sayang sama skendel
elok² ada isteri
kantoi nanti tak pasal togel

shoppee ada lazada pun ada
kenapa cari yang jauh²
hidup kita bukannya lama
terhenti semua turunnya "sauh"

JANGAN TINGGAL SOLAT

susu tepong susu pekat
banyak jual dipasaraya
cepatlah sarung kain pelikat
seluar dipakai banyak kotornya

teman tidur waktu malam
bangun siang lewat waktu
awak buat apa je semalam
sampai dia lembik begitu

pegi ke kedai beli gas
beli sekali kelapa tombong
dia yang tak pandai nak ejas
kita pulak dikata sombong

jangan jadi macam pak Pandir
bicaranya selalu ber-cambah²
jangan ngalah sama takdir
kalau betul, kan boleh ubah ?

bila raya ada ketupat
masa lepak guna curut
hari² ejas - hari² tak dapat
kalau tak dapat jangan mencarut

hirup sudah 1 paket
tahan untuk 4 hari
kerja jangan sampai melecet
mana ada gunung dikejar lari


sian dia bini jauh
tapi tetap dekat dihati
ingat berlayar tapi bersauh
kejanglah dia hari²

makan roti sapu mentega
atas mentega tabur gula
fokus lebih pada berniaga
jangan stress jangan gila

tengah malam bangun tahajjud
sambung dengan solat zikir
kalau kepala malas sujud
jangan tanye kenapa fakir

lidah buaya banyak lendir
dibalik lendir banyak duri
sindir bukan sebarang sindir
cuma untuk diri sendiri

jarang dengar bunyi cengkerik
sebab sekarang duduk di bandar
kalau cantik kunci tertarik
percayalah nanti ianya pudar

bila berjauh datang rindu
bila dah dekat asik bergadoh
itu la cerita bila bersatu
takdir Allah tentang jodoh

hari² tengok conflict
tengok filem sorang²
tak apalah takde netflix
layarkaca21 kan ada bang 😄

jangan takut buat silap
takde sapa pun sempurna
kalau abg rasa nak lelap
adik cuma ucapkan "sila"


jangan percaya dengan mata
tapi yakinlah dengan hati
bezakan mana content semata
baru tak datang irihati

kalau nak tanya, silalah tanya
tapi pastikan soalannya susah
kalau jawapan terang sedia
sampai kiamat palau tak sudah

terbakar kampung nampak asap
terbakar hati sapah tak tahu
suka hati mintak no whatsapp
entah apa la nak dimesejnya dulu

bertebar luas satu bumi
dara/janda allah ciptakan
terkejut akak baca mesej tadi
kenapa masih bujang sakan ?

malam² tengok langit
lalu nampak indahnya bulan
saingan sekarang semakin sengit
itu yang membuat, kita bertahan !

solat subuh asik terlajak
sebab malam mata berjaga
bukan alim bukan belagak
cuma sayang sesama kita

hisap rokok john kelabu
harga murah tetap berasap
kalau sejuk selimutlah dulu
cukup masa nanti kak whatsapp 

sana kawan sini pun kawan
dapat kawan baik²
jangan lupa siap sarapan
sian tengahari badan dah lembik




terima kasih sebab prihatin
walau jauh beratus kilometer
kalau malam pakai satin
kalau kerja pakai kurung jer

jangan dipetik daun dipohon
takut nampak pantun baharu
lepas solat tadahlah memohon
biar akal & hati - jarang celaru

Anak Kedah, Pejuang Seni
Karang Lagu, Nyanyian Tempatan
Semalam Siap Dikebumi
Tinggal Sejarah Dalam Lipatan

~ alFatihah ~

Apa barang bang, jelir lidah
Terjelir lidah dalam kamera
Cari la satu bang, buat tadah
Baru nampak tak macam gila

Azali sifat lelaki demikian
Pantang nampak barang berat
Apatah lagi depan mata kan
Itulah namanya buaya darat

Maajun bukan sebarang maajun
Maajun keringat orang Utara
Hari² adik dikejut bangun
Takdenya muak, tetap selera

malam² berkejar feri
petugas susun tak berselerak
kalau dah awak beria nak beli
nanti akak reserved ber-kotak²

bangun pagi masak cekodok
sarap cekodok dengan sambal
apa lagi adik melangok
bangunlah tidur kemas katil bantal

bila pagi dipanggil sayang
habis disayang semua orang
bangunlah abang bangun semayang
baru jadi insan terbilang

hari ini hari jumaat
kami cuti malas keluar
apa yang padu apa yang padat
cuba intai dalam seluar

kita menjahit guna jarum
jarum disimpan dalam kotak
yang disuruh bangun awak yang harum
bukannya si dia adik botak

kalau pegang takut gatal
kalau gatal lain jadinya
mandi pagi jangan tak sental
habis rosak seluruh suasana


jenguk kepala luar jendela
tengok langin dah mula mendung
abang jangan nak mengada²
amboiii dia sampai ajak dukung !

barang boek memang mantol
tapi jangan diacah²
ini barang tak guna ketol
sekali hirup habis berkancah


Catat Ulasan

0 Ulasan

WhatsApp Chat