Semalam Abah mesej saya, mesej nya berbunyi begini...
Abah : Sejak kau berniaga, ada turun naik kan? Ada kala kau jatuh, ada kala kau naik betul tak?
Saya : Ya betul Abah
Abah : Nak tahu petua nya? Dulu masa kau dan adik beradik kau masih kecil dalam fasa baru nak berjalan. Setiap kali kau jatuh, abah takkan angkat. Ada ketika jatuh sampai luka berdarah. Menangis macam mana pun, Abah biar je. Abah nak ajar kau supaya, sebagai lelaki apa sahaja berlaku dalam hidup ini, kau boleh bangun semula sendiri walaupun tanpa Abah di sisi.
Kesannya, bila kau dah dewasa. Abah tahu, kau jatuh macam mana pun dalam hidup ini, kau akan bangkit.
Saya : Alhamdulillah terima kasih Abah
Begitulah mesej pendek dari Abah yang sangat bermakna buat saya.
Saya masih ingat, sejak saya zaman kanak-kanak Abah memang latih saya berdikari.
Ketika berusia 13 tahun, saya sekolah sukan di Johor. Abah drop saya naik bas seorang diri dari Puduraya sampai Larkin. Dari Larkin naik bas ke Kota Tinggi. Dari Kota Tinggi naik lagi 1 bas baru sampai ke Bandar Penawar.
Sebagai lelaki dan ketua keluarga. Abah kena kerja. Abah tak boleh selalu ada dengan saya.
Ada banyak ketika, saya memang tak sama macam kawan-kawan. Setiap kali hari sukan atau acara sekolah. Parents mereka selalu datang bagi sokongan.
Saya lain. Walaupun abah dan mak tak dapat datang, selalunya saya yang menang jadi olahragawan acara sukan.
Abah punya cara besarkan saya simpel namun jitu.
Abah akan berikan panduan apa nak kena buat A to Z. Cara jaga diri, cara protect diri, cara nak baca laluan bas dan sebagainya.
Abah punya kaedah, dia banyak bagi guide kemudian dia akan lepaskan saya. Saya yang kena explore dan beranikan diri menjadi lelaki.
Sejujurnya, cara saya membesar memang keras. Dulu masa zaman kanak-kanak saya memang tak berapa faham.
Alhamdulillah, hasil daripada latihan keras itulah yang menjadikan siapa diri saya sekarang.
Dan saya faham, bagaimana seseorang itu dibesarkan akan mempengaruhi kehidupan seseorang itu.
Dalam masa yang sama atas apa sahaja kaedah seseorang itu dibesarkan semua orang berpeluang untuk pilih sama ada mahu menjadikan masa silam sebagai pelajaran atau alasan untuk hancurkan kehidupan.
Terima kasih mak dan abah mendidik saya dengan keras supaya saya menjadi anak JANTAN.
Moga Allah balas mak dan abah dengan syurga yang kekal abadi.
Amin.


0 Ulasan