Kepakaran dan pengalaman, itu mahal.

Sebuah enjin kapal gergasi rosak dan tidak ada yang boleh memperbaikinya, maka mereka membawanya kepada seorang Jurutera Kapal berpengalaman lebih 40 tahun.


Dia memeriksa enjin tersebut dengan sangat teliti, dari atas ke bawah. Setelah melihat semuanya, jurutera itu selongkar begnya dan mengeluarkan tukul kecil.

Dia mengetuk sesuatu dengan lembut. Tidak lama kemudian, enjin itu hidup kembali. Enjin telah diperbaiki!

7 hari kemudian jurutera itu menyebut kos jumlah harga pembaikan kapal gergasi tersebut ialah $10,000 kepada pemilik kapal.

“Apa?!” kata pemiliknya.

“Anda hampir tidak melakukan apa-apa. Berikan bil terperinci kepada kami.”

Jurutera itu pun menyerahkan invois dan item tertulis :

Mengetuk dengan tukul: $2

Mengetahui dimana hendak mengetuk dan berapa banyak untuk mengetuk: $9,99

Pentingnya menghargai kepakaran dan pengalaman seseorang sehingga kata-kata “senang je”, “cuma itu je”, seharusnya diketepikan.

Kenapa? kerana mungkin pengalaman itu adalah terhasil daripada perjuangan, exsperimen dan juga air mata.


Seperti gambar diatas:

If I do a job in 30 minuts it’s because I spent 10 years learning how to do that in 30 minutes. You owe me for the years, not the minutes.

(Sekiranya saya dapat menyelesaikan pekerjaan dalam 30 minit, itu kerana saya menghabiskan 10 tahun belajar bagaiman melakukannya dalam 30 minit. Anda membayar saya selama 10 tahun itu, bukan 30 minit).

Kalimat ini mengingatkan saya kepada nasihat seseorang tentang menghormati dan bijak menghormati hasil kerja orang lain.

Disana saya juga belajar melihat orang. Apabila mereka tidak menghormati orang lain, dalam masa yang sama dia telah merendahkan dirinya sendiri. Kepakaran dan pengalaman, itu mahal.

Sayang, orang kita masih memandang rendah tentang perkara itu.

Kisah ini telah lama viral. Cuma saya ingin menekankan tentang pentingnya menghargai kepakaran seseorang.


 Kredit to hamba ALLAH.

Catat Ulasan

0 Ulasan

WhatsApp Chat