*Memo*
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli MGM. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.
Alhamdulillah, proses pendaftaran dan pindahan baki modal berjalan lancar. Walaubagaimanapun, masih terdapat ramai lagi ahli yang belum mendaftar di web baru. Jumlah keseluruhan ahli yang berdaftar di web *MGM 1.0* adalah seramai *803*, tetapi jumlah yang telah mendaftar di web *MGM 2.0* hanya *345* akaun sahaja. Akibat daripada situasi ini, ramai pelabur baru yang ingin menyertai *MGM 2.0* terpaksa menunda pendaftaran mereka.
Buat pengetahuan semua, bonus walet tidak dapat diaktifkan selagi pindahan modal tidak dilakukan secara total. Langkah ini diambil untuk mengelakkan berlakunya pembayaran bonus sponsor sebanyak dua kali ( Double Paid).
Oleh itu, pihak syarikat memberi tempoh sehingga *4/8/2024 (Ahad)* untuk anda melakukan pendaftaran dan pindahan baki modal di web *MGM 2.0*. Selepas daripada tarikh itu maka web *MGM 1.0* akan ditutup sepenuhnya dan pindahan baki tidak dapat dilakukan lagi. Segala maklumat yang ada di web berkenaan akan dihapuskan bagi tujuan mengelak daripada penyalahgunaan data peribadi setiap ahli *MGM*. Web *MGM 2.0* akan beroperasi *100%* dan secara rasmi digunakan pada *5/8/2024*
Saya memohon kerjasama semua ahli yang masih belum melakukan proses ini supaya bertindak segera dengan memaklumkan terus kepada pemimpin anda atau pihak admin di kumpulan whatsapp masing-masing. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak dapat membuat pindahan dana ke web baru selepas tarikh *4/8/2024*. Bertindak segera dan beri kerjasama yang sewajarnya bagi keharmonian bersama.
Kerjasama anda semua, saya dahulukan dengn ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
MFK



0 Ulasan