Mari kita kembali ke masa lalu untuk melihat hubungan Islam awal dengan Kristian Ortodoks Timur.
Nabi Muhammad SAW, membina Kerajaan Islam berdaulat di Yathrib, Arab. Pada waktu itu Dua kuasa besar dunia sedang berperang iaitu Empayar Byzantin dan Empayar Sassanid Parsi. Orang-orang Arab dipengaruhi oleh Empayar Parsi, dan dipaksa untuk menyembah Dewa-dewa pagan mereka, al-Latta, al-Uzza, dan seumpamanya, manakala penjaga Mekah iaitu Quraisy ialah pengikut kerajaan Parsi. Oleh itu, kemunculan Islam, di Mekah, yang menyeru orang untuk menyembah Allah, adalah selari dengan kepercayaan Kerajaan Rom Byzantin yang beragama Kristian Ortodoks, yang juga percaya kepada Allah, sudah pasti ianya menjadi ancaman bagi kedua-dua Quraisy dan Empayar Parsi yang beragama Pagan tidak bertuhan.
Nabi Muhammad SAW dan Raja Heraklius Rom Baizantin lahir pada waktu yang berhampiran. Rasulullah SAW lahir pada 570 M manakala Heraklius pada 575 M. Rasulullah SAW menjadi Rasul pada 610 M manakala pada tahun yang sama Heraklius menjadi Maharaja Rom Baizantin Konstantinopel. Pada waktu itu dua Super Power dunia sedang berperang antara Kerajaan Rom yang beragama samawi dengan kerajaan Parsi yang Pagan tidak bertuhan. Pada waktu itu kerajaan Islam Madinah bersekutu dengan Rom manakala kerajaan Musyrikin Mekah adalah sekutu Kerajaan Parsi. Dan akhirnya Rom menang melawan Parsi, manakala Kerajaan Islam Madinah menang melawan Kerajaan Musyrikin Makkah. Akhirnya kemenangan adalah di pihak orang beriman.
Kini sejarah berulang kembali, kini dua Super Power dunia sedang berperang. Antara Rusia Kristian Ortodok pengikut nabi Isa yang melarang perkahwinan sejenis dengan Kuasa Barat Pagan yang tidak bertuhan yang membenarkan perkahwinan sejenis. Hari ini Rusia adalah manifestasi Kerajaan Rom baizantin yang beragama samawi manakala Kuasa Barat adalah manifestasi Kerajaan Parsi yang Pagan tidak bertuhan. Dan jika kita anggap Putin adalah manifestasi kepada Heraklius yang lebih kurang sebaya dengan Rasulullah SAW, maka ada kemungkinan imam Mahdi telah pun dewasa sekarang cuma belum tampil di pentas dunia. Dan bila Muhammad kedua iaitu Imam Mahdi muncul menjadi khalifah di Makkah nanti, kita akan saksikan beliau akan bersekutu dengan Rusia Kristian Ortodok pengikut nabi Isa menentang Yakjuj Makjuj Barat dan Yahudi Dajjal.
WAllahuaklam
Dalam hadis Sahih Bukhari mengatakan Raja Rom Baizantin Heraklius mengaku Muhammad SAW adalah Rasul yang di kirim oleh Tuhan.
Kredit : Cikgu Nik
https://youtu.be/PkOc3pG4oko?si=rUKxACrSSis_5nzR


0 Ulasan