#cerai #fasakh #mahkamahsyariah
" Cerai fasakh bermaksud membatalkan atau memutuskan ikatan yang wujud antara suami isteri, atau membatalkan akad perkahwinan dengan sebab kerosakan yang berlaku semasa akad perkahwinan itu atau dengan sebab-sebab mendatang yang menghalang perkahwinan itu daripada berkekalan. "
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia - JKSM
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, memperuntukkan bahawa seorang perempuan berhak mendapat perintah untuk membubarkan perkahwinan (fasakh) atas satu alasan atau lebih daripada alasan berikut :
1. Tempat di mana suami berada telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada SATU TAHUN.
2. Suami telah cuai atau telah tidak memberi nafkah selama tempoh TIGA BULAN.
3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh TIGA TAHUN ATAU LEBIH.
4. Suami tidak memberikan nafkah batin (tanpa alasan yang munasabah) selama tempoh SATU TAHUN.
5. Suami telah MATI PUCUK pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk.
6. Suami telah gila selama tempoh 2 TAHUN atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.
7. Isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum mencapai umur 16 tahun, menolak pwrkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya.
8. Suami MENGANIAYA ISTERI. Contohnya dalam keadaan berikut;
a) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya tersebut.
b) Berkawan dengan perempuan2 jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan syarak.
c) Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
d) Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada meggunakan hak-haknya di sisi undang2 terhadap harta tersebut.
e) Menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agama.
f) Jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak hukum syarak.
9. Walaupun empat bulan telah berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi atau oleh sebab suami sengaja enggan menyetubuhinya.
10. Isteri tidak mengizinkan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah sama ada kerana paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain2 hal yang diakui oleh hukun syarak.
11. Pada masa perkahwinan iti walaupun isteri berkebolehan memberi izin yang sah tetapi dia seorang yang sakit otak sama ada sekali-sekala atau berterusan dan sakit otaknya itu menjadikannya tidak layak untuk berkahwin.
12. Apa2 alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah hukum syarak.
Alasan Perceraian
Di bawah undang-undang Islam, sebuah perkahwinan boleh dibubarkan :-
Dengan lafaz talak oleh:
suami melalui cerai khuluk; atau
suami tanpa khuluk; atau
isteri melalui talak tafweed; atau
Penimbangtara (Hakam); atau
Oleh Mahkamah setelah mendapati bahawa suami telah melanggar taklik perkahwinan; atau
Oleh Mahkamah dengan membuat perintah pembatalan (fasakh); atau
Oleh Mahkamah setelah mendapati perkahwinan itu tidak sah menurut undang-undang Islam.
Perceraian Melalui Pelafazan Talak Oleh Suami Atau Melalui Cara Khuluk
Seorang suami boleh memohon perceraian atau menyetujui permohonan perceraian isterinya dan selepas itu secara sukarela melafazkan talak: Seksyen 46(B) dan 47(3) Administration of Muslim Law Act (Cap.3) (AMLA).
Sebagai alternatif, suami dan isteri boleh bersetuju untuk bercerai secara khuluk seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 47(4) AMLA. Perceraian seperti ini dilaksanakan dengan suami melafazkan talak selepas menerima bayaran sejumlah wang dari isteri.
Di Singapura,
suami boleh melafazkan talak sebelum memulakan prosiding perceraian di Mahkamah.
Talak Tafweed
Talak tafweed tidak diperuntukkan secara khusus dalam AMLA tetapi ianya diterima sah di bawah undang-undang Islam. Talak tafweed dilaksanakan apabila isteri melafazkan talak keatas dirinya selepas menerima pewakilan lafaz talak dari suami. Dalam kes sebegini, talak dilafazkan oleh isteri dan bukan oleh suami.
Talak melalui Hakam
Seksyen 50 AMLA memperuntukkan pelantikan Penimbangtara (Hakam). Sekiranya suami tidak bersetuju dengan perceraian yang dipohon oleh isteri dan/atau bukti yang dibentangkan tidak menunjukkan bahawa suami telah melanggar mana-mana taklik perkahwinan dan/atau bukti yang dibentangkan tidak menunjukkan apa-apa alasan atas mana Mahkamah boleh membuat perintah fasakh, Mahkamah diberi kuasa untuk memerintahkan pelantikan seorang Hakam untuk suami dan seorang Hakam lagi untuk isteri. Jika Hakam tidak dapat mendamaikan pasangan suami-isteri tadi dan berpendapat bahawa mereka harus bercerai, Hakam boleh melaksanakan perceraian dengan melafazkan talak wajib. Dalam kes sebegini, talak dilafazkan oleh Hakam dan bukan oleh suami atau isteri.
Cerai Taklik
Cerai taklik diperuntukkan di bawah Seksyen 48 AMLA. Jika suami tidak bersetuju dengan perceraian yang dipohon oleh isteri, tetapi bukti yang dibentangkan oleh isteri menunjukkan yang suami telah melanggar taklik perkahwinan, Mahkamah boleh mengisytiharkan bahawa perceraian telah berlaku atas sebab pelanggaran taklik. Salah satu dari taklik tersebut adalah: jika seorang suami meninggalkan isterinya atau tidak memberikan nafkah kepada isterinya untuk tempoh berterusan selama 4 bulan atau lebih, Mahkamah boleh mengisytiharkan perceraian di antara suami dan isteri tadi.
Fasakh
Seksyen 49 AMLA menyenaraikan beberapa keadaan atau situasi di atas mana Mahkamah boleh memerintahkan pembatalan perkahwinan atau fasakh, sebagai contoh, apabila suami dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih, atau jika suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan keadaannya berterusan selepas perkahwinan, atau apabila suami melayani isterinya dengan kekejaman. Mahkamah boleh memerintahkan fasakh hanya selepas mendengar dan menerima bukti daripada isteri dan sekurang-kurangnya 2 orang saksi
Ketidaksahan Perkahwinan
Akhirnya, semua perkahwinan Muslim mesti memenuhi dan mematuhi peraturan tertentu munakahat (hukum perkahwinan Islam). Mahkamah boleh memansuhkan sebuah perkahwinan yang telah melanggar peraturan tersebut dan oleh itu adalah tidak sah di bawah undang-undang Islam.
Kesan-kesan Perceraian
Di bawah undang-undang Islam, perceraian pertama di antara suami dan isteri disebut sebagai “talak raj’ie”. Ini bermakna suami boleh berdamai (rujuk) dengan isteri dalam tempoh “menunggu” 3 bulan selepas perceraian (tempoh iddah) tanpa perlu untuk mereka menjalani upacara nikah. Dalam kes sedemikian, suami dikatakan telah “menarik balik” perceraian itu. Suami dan isteri juga boleh merujuk jika mereka bercerai buat kali ke-2. Seksyen 102 dan 107 AMLA menerangkan proses dan syarat pendaftaran rujuk. Selepas tempoh iddah, suami dan isteri tidak dibenarkan untuk rujuk tetapi boleh bernikah semula.
Jika suami dan isteri bercerai buat kali ke-3, perceraian itu dikenali di bawah undang-undang Islam sebagai “talak ba’in kubra”. Ini bermakna suami dan isteri tidak boleh rujuk atau bernikah lagi. Suami dibenarkan bernikah semula dengan bekas isteri hanya selepas bekas isteri menikahi lelaki lain dan kemudiannya mereka bercerai selepas bersatu.
Juga, suami dan isteri yang telah diceraikan melalui talak wajib oleh Hakam atau atas perintah fasakh atau secara khuluk tidak diberkan rujuk. Mereka hanya boleh bernikah semula.
Seorang suami juga boleh menceraikan isterinya buat kali pertama dengan menyebut “talak tiga”, misalnya dengan mengatakan: “Saya ceraikan isteri saya dengan tiga talak”. Perceraian ini adalah talak ba’in kubra.
Sebarkan untuk pengetahuan bersama..



0 Ulasan