Dekat USA ni..

bila dah masuk peralihan musim, memang anda akan nampak banyak rumah-rumah letakkan barang yang mereka tidak mahu ditepi jalan.

Macam sekarang dah masuk peralihan musim panas(Summer) ke musim luruh(Fall).




Jadi barang-barang ini memang siapa-siapa boleh datang dan ambil.

Barang-barang yang diletakkan bukan sebab rosak ye. Memang elok.

Sebab mereka buang selalunya barang-barang tu digunakan hanya waktu musim panas.


Jadi untuk tunggu musim panas next year bulan mei ambil masa yang lama jadi mereka akan buang sahaja.

Saya pun sepanjang menetap disini..memang akan ambil je.Tak pernah beli lagi perabut termasuk waktu menetap di Michigan dulu pun.

Semua perabut kawan-kawan bagi.Kena keluarkan modal sewa Lori U-Haul je untuk datang ambil.

Bab memberi ni memang saya salute sikap American ni. Memang dorang akan letak yang elok-elok sahaja atau yang rosak sikit atau kotor sikit-sikit.


Kalau barang yang rosak teruk mereka akan terus buang.

Sumber : FB Dr Arman Shah

Catat Ulasan

0 Ulasan

WhatsApp Chat